Hilang?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



"Kehilangan merupakan satu jalan kehidupan. 
Kita takkan merasa kehidupan tanpa marasai kehilangan"

Di hitungan angka keberapa perlu untuk aku berhenti?
Memunguti remahan sisa-sisa mimpi.
Demi menemukan rekahan hati yang telah dicuri.


Berat hatiku sepi jauh setelah engkau pergi melambai
tinggalkan aku selamanya.



Pernah seketika aku terjatuh lalu
mengalirkan airmataku menuruni bumi
kerana hilangnya tempat mengadu kasih
seorang puteri yang riang kepada penghuni
raja didalam hatinya yang bergelar Ayah.



Ayah.
kasihnya tidak ditunjuk,
sayangnya tidak dipapar,
hanya disebalik tabir yang dapat dirasakan kasihnya,
pengorbananya tidak terperi,
kesungguhannya tiada henti,
itulah Ayah yang tiada ganti.




Aku.
terkadang rebah bila selingan wajahmu
hadir hanya seketika cukuplah hanya sekadar 
pengubat bagi hati yang dahaga.



Titisan hujan mulai menyapa
hatiku resah serta gulana
berbekalkan doa hatiku sembuh semula
semoga aku kuat menempuhinya.


Allah,
Terima kasih kerana menjadikan aku insan yang terpilih.


Semoga Rasyidah terus kuat dan tabah untuk menempuhinya.





Al-Fatihah untuk pemilik raja hati 
yang telah kembali berjumpa dengan ilahi
Bahrim Bin Sarno
pada tanggal 27-08-2014



Comments

Popular posts from this blog

RASYIDAH BAHRIM