RASYIDAH BAHRIM
RASYIDAH BAHRIM
๐ Usahawan Dunia Jutawan Akhirat ๐
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Selawat Serta Salam Keatas Junjungan Rasulullah
Keluarga Dan Sahabatnya
Assalamualaikum....
Namaku Rasyidah Binti Bahrim. Arwah abah, ibu dan adik beradik selalu memanggil aku dengan nama timangan syida. Pada hari ini, orang luar lebih mengenaliku dengan pelbagai nama iaitu RsydahOnycha, SigadisAdobe, Cda, Syidot, Syida Boleh!! dan Rasyidah Bahrim.
Hidup aku ibarat wayang gambar, kemelut dan pesta kehidupan sebagai seorang anak hingusan yang cita-citanya untuk berjaya dari dulu sehinggalah sekarang. Itulah yang aku ingin aku kongsi dengan semua pembaca blog ini, InshaAllah. Bukan kerana aku yang hebat tapi aku mahukan apa yang aku tuliskan ini sedikit sebanyak boleh menjadi iktibar dan inspirasi walaupun hanya sekecil habuk kepada mereka di luar sana. Terutamanya kepada mereka yang mungkin sekarang ini sedang berlumpur membina kehidupan.
Ayah dan anak perempuan adalah sebuah pasangan yang sempurna, begitu juga yang terjadi kepadaku. Rezeki Allah itu luas aku telah kehilangan ayahku sewaktu berumur 16 tahun. Semakin hari mendatang, aku perlu berpura untuk terlihat kuat dengan keadaan diwaktu kawan-kawan masih mendapat kasih sayang seorang ayah. Kini aku sudah berumur 24 tahun, tidak pernah aku jadikan alasan untuk aku meraung, bahkan Alhamdulillah, aku jadikan ianya sumber kekuatan untuk pembakar semangat untuk terus berjaya.
Penulisan ini bukanlah mengenai kesemua tentang diriku, tetapi berkisar mengenai apa yang aku fikir sesuai untuk disampaikan. Anggaplah penulisanku aku ini adalah hadiah dan tanda terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini dan membantu syida dalam membina kehidupan. Satu kehidupan yang penuh rahmat.
Kemelut Kehidupan Adalah Tuah Masa Hadapan
TERIMA TAKDIR SEADANYA
Sentiasa tabah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkanNya. Benar juga kata manusia, kita tidak memliih takdir tetapi takdirlah yang memilih kita. Bagaimana kita memenangi takdir itulah menjadikan siapa kita pada pengakirnya.
Kuala Lumpur merupakan kota yang banyak menyimpan kisah kehidupanku yang pelbagai warna-warni. Ibu dan ayah berasal daripada negeri Kedah dan Johor. Aku mempunyai perbezaan dengan rakan-rakan adalah kerana mempunyai sekolah yang banyak daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.
Ini adalah senarai sekolah yang pernah aku menimba ilmu yang bagiku terlalu banyak dan bermanfaat:-
1.Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai di Kuala Lumpur
2.Sekolah Menengah Agama Dong, Raub Pahang
3.Sekoah Agama Menengah Tanjung Karang yang terletak di hujung Selangor
4.Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam di Selangor
5.Sekolah Menengah Agama (ARAB) JAIM Al-Asyraf, Pulau Sebang terletak di Melaka
Seterusnya aku menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia. Pasti ada yang pelik mengapa terlalu banyak sekolah yang aku sekolah bukan? sebelum kalian lebih tertanya, akan aku jelaskan secara ringkas. Teradapat pelbagai faktor antara salah satunya untuk lebih dekat dengan keluarga, ditawarkan sekolah yang lebih baik serta nak kurangkan kos pergi dan balik kerana semenjak aku usia 13 sehingga 17 tahun aku dan asrama tiada pernah berpisah. Alhamdulillah, semakin meningkat umur semakin dekat aku dengan keluarga. Tapi ada sebuah kisah yang terjadi yang ingin aku kongsikan didalam episod perjalanan ketika berumur 16 tahun.
Sewaktu aku berumur 16 tahun, aku merupakan pelajar baru di sebuah sekolah yang pernah aku bersekolah seperti yang tertera di atas. Pada permulaan proses pemindahan aku berasa seronok dan gembira kerana hendak bertemu dengan kawan-kawan yang baru bagiku suatu yang menyeronokkan. Tetapi aku telah diberikan amaran kecil yang bernada lembut oleh ibuku. 'Jika ada apa-apa perkara yang berlaku.. aku tidak boleh berpatah balik ke sekolah lamaku'. Aku agak sedikit takut tapi apabila seronok menguasai diri, aku mengabaikan perasaan itu. Setibanya aku tiba di sekolah baru.
Kelas bagi bidang yang sepatutunya aku dapat sudah penuh kata salah seorang guru yang membantu proses pemindahan ke sekolah baru. Aku akur dengan keputusan ibu dan guru yang menguruskan aku. Kelas Perdaganan dan Subjek Geografi adalah bidang yang aku belajar di sekolah baru berbeza dengan aliran yang aku dapat ketika di sekolah lama iaitu aliran akaun. Itu adalah satu kelemahan yang aku harus terima. Ketika sesi persekolahan berlangsung aku dan sahabat mendapati seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut menyukaiku sehingga seluruh kenalan di kelas aku dan kelas lain boleh mengetahui cerita tentang aku. Walhal dari dahulu aku bukan lah sejenis yang mudah didekati. Masa semakin berjalan aku dapat merasakan guru tersebut memang menyukaiku sampai tahap kalau aku membiarkan keadaan terus berlaku... pasti ianya ... jeng jeng jeng... nanti syida sambung okey sebab perjalanan cerita tu lama sikit.. takut korang bosan . boleh ke macam tu?? kalau tk boleh korang komen okey;)
Aku menjalani latihan industri di Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni, UPNM selama 4 bulan sebagai Kaunselor Pelatih. Sejujurnya ia tidak begitu mudah dan tidak terlalu susah tapi terdapat kisah perjalanan yang bagiku adalah pelajaran yang sangat indah Allah swt aturkan.
Dipendekkan cerita pada tanggal 15 Disember 2022 aku akan bergraduasi di salah sebuah Universiti yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan dengan CGPA 3.42. Perasaan aku ketika ini sangat bercampur baur kerana didalam tahun yang sama aku telah ditauliahkan sebagai Left. Muda pada bulan September 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Tuanku Muda Raja Pahang. Istiadat Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Ke-40 Tahun 2022 merupakan detik bersejarah kerana ianya adalah tarikh ulang tahun kelahiran ibuku yang tercinta.
Pentas Dan Watak Dalam Kehidupan
Sentiasa tabah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkanNya. Benar juga kata manusia, kita tidak memliih takdir tetapi takdirlah yang memilih kita. Bagaimana kita memenangi takdir itulah menjadikan siapa kita pada pengakhirnya.
Sentiasa tabah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkanNya. Benar juga kata manusia, kita tidak memliih takdir tetapi takdirlah yang memilih kita. Bagaimana kita memenangi takdir itulah menjadikan siapa kita pada pengakhirnya.
Hari ini Allah swt telah menjawab persoalan aku: kalau bukan kerana takdir menempatkan aku sebagai anak perempuan yang kehilangan ayah sewaktu muda, aku tidak mungkin akan mengerti apa itu kesusahan. Begitulah tarbiah Allah untuk aku menjiwai dan memahami kehidupan yang penuh warna-warni
lepasni kalau korang rajin-rajinkan follow la syida dekat media sosial nanti korang dm syida kata saya dah baca blog awk.. confirm syida follow korang balik
haaaa nih la akaun media sosial syida
ig ; @rsydahonycha
youtube channe; : syiedaasyidott
tiktok : @rsydahonycha
facebook : Syida Onycha
akan ada banyak lagi perjalanan kisah yang syida nak kongsikan dekat blog ni.. so korang stay tuned ok?
.jpeg)

Comments